BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 12, 2009

refleksi spss

1. klik pada perisisan spss




2. pada sheet variable view... isi medan name tersebut mengikut soal selidik cth: tahun, progaram, umur, soalan dan sebagainya




3.pada medan type pilih jenis-jenisnya sama ada: numeric, comma, dot dll dan klik ok
pada medan width, isi dgn 8
pada medan decimal, isi dengan no 0
pada medan allign klik center
akhir sekali, pada medan measure: pilih sama ada scale, nominal dan ordinal




4.selesai mengisytihar fungsi medan-medan tersebut,maka bolehlah mula mengisi data-data soal selidik seperti yang diperolehi

Saturday, October 10, 2009

"BROCHURES"

1. klik start, all program dan microsoft word


2.klik page layout,margins dan custom margin


3.klik pada orientation lanscape


4.klik page layout dan klik pada columns... pilih bilangan columns yang dikehendaki



5. anda blh mula menaip maklumat... tp untuk brochures anda perlu menyusun columns yang mana akan menjadi cover dan sbagainya supaya brochures tersusun ketika melipatnya...

ANDA JUGA PERLU MENGGUNAKAN KEDUA-DUA HALAMAN KERTAS TERSEBUT KETIKA PRINT!!!

SeLaMat MenCuBa!!!!

cara membuat booklet melalui microsoft word


1.klik start, all program, dan
microsoft word



2. klik page layout,margin dan custom margin



3. pada table page setup: pilih 'book fold' [ mutliple pages]



4.anda boleh mula membuat book fold



5.ketika print, anda hendaklah menterbalikkan kertas supaya kedua2 halaman kertas digunakan
anda tidak perlu menyusun mukasurat ketika menaip maklumat contoh: selepas taip muka surat 1 anda terus menaip muka surat terakhir.... INI TIDAK PERLU!! kerana secara automatiknya apabila kita print.. booklet itu akan tersusun mengikut m/surat ( akan jd seperti buku)

Monday, September 28, 2009

"refleksi mirosoft acsses"

1. klik start, all programs,microsoft office dan akhir sekali klik mikrosoft acsses

2.klik pada blank database, kemudian klik create.



3. Klik "right clik" untuk menamakan medan tersebut dan klik pada simbol save untuk menamakan jadual tersebut.



4. klik create dan table untuk dapatkan jadual yang baru



5. ulangi langkah 3 dan 4

cara membuat relationship

6.klik datasheet dan klik relationship


7.pada show table klik add bagi ketiga-tiga jadual tersebut dan setelah selesai klik close




8. pada jadual yang pertama klik pada perkataan ID (ada Simbol kunci) kemudian tarik ke jadual yang kedua pada perkataan yang sama (jangan lepaskan) dan klik create.. ulang langkah ini pada jadual yang ketiga



cara membuat borang (form)
9.klik create, more form dan klik form wizard



10. dalam table wizard .. masukkan medan yang dikehendaki (available Field) ke dalam selected field dengan klik pada simbol > kemudian klik next untuk pilih layout borang kemudian klik next




sambungan daripada form wizard

11.pilih style yang diingini dan klik next. kemudian namakan borang tersebut cthnya: data pelajar dan akhir sekali klik finish




12. terhasillah borang!! isi maklumat yang diperlukan dalam borang klik pada simbol "next" untuk borang yang kedua dan seterusnya..



cara membuat report

1. untuk membuat report, kita mesti membuat Query terlebih dahulu
2.klik create dan query wizard
3. pada table new query, pilih query yang dikehendaki e.g simple query wizard dan klik ok



4. dalam table simple query wizard, pilih medan yang diperlukan dan klik next


5. dalam table yang sama, pilih sama ada ingin query yang detail atau summary dan klik next



6.namakan query dan klik finish



7. pada sheet gaji Query klik view design

8. masukkan had gaji yang diingini pada table kriteria


9.akhir sekali klik create dan report design.. terhasillah report!!


Monday, September 7, 2009

''slide master 2''

cara membuat tautan
1.set up slide
- KLIK SLIDE SHOW
- KLIK SET UP SLIDE SHOW
- TETAPKAN SLIDE UTAMA
2.block perkataan yang hendak ditautkan
3.klik insert dan hyperlink (gambar bumi)


4. klik place in this document
5. pilih slide yang hendak ditautkan
6. klik ok
7. ulangi langkah 2-6 untuk tautan yang seterusnya

SERIKANDI ISLAM

PERINDU CINTA ALLAH - RABI'AH AL-ADAWIYAH
www.iluvislam.com hana kimi editor: azzahra_solehah

Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Bapa Rabi'ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi'ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi'ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi'ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau! Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu." Rabi'ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa." Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah.

Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu." Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan: "Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun." Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya: "Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu." Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun." Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa.

Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya: "Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?" Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu." Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar." Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini: "Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia.

Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Layar Keinsafan


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir,
menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan

Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Harapanku moga dikurniakan
manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
(layar keinsafan: mestica)

Friday, August 28, 2009

refleksi microsoft excel

BILANGAN

1.taip nombor 1 dan 2 pada petak (ke bawah)
2.block nombor tersebut
3.letak arrow pada hujung petak nombor dua dan seterusnya tarik ke bawah



FORMAT MARKAH
1. taip piawaian markah pada petak-petak
2.block piawaian tersebut
3.klik formulas dan seterusnya define name
4. masukkan nama format tersebut,cth:GRED




CARA MEMASUKKAN GRED

1.klik pada petak sebelah markah
2.klik formulas kemudian klik insert function dan klik vlookup dan klik ok
3.pada ruangan vlookup isi: 1)lookup_value: klik pada markah
2)table_array: gred
3)col_index_number: 2
4)range_lookup: true



5)letak anak panah pada hujung petak yang pertama(colum gred) dan tarik ke bawah

JUMLAH MARKAH

1.block markah yang hendak dikira seterusnya klikpada formulas dan klik pula pada auto sum
2.letak anak panah pada hujung petak pertama (jumlah) dan tarik ke bawah

ANALISIS GRED

1. klik pada petak yang dikehendaki (memasukkan bilangan gred)
2.klik pada formulas seterusnya pada insert function dan klik pada countif
3.pada ruangan countif untuk 'range' anda perlu block markah dan gred manakala untuk 'criteria' taip gred contohnya "A"
4.ulang langkah berikut untuk gred yang seterusnya


SELAMAT MENCUBA!!!









































































































































































































































































Tuesday, August 25, 2009

"sLiDe MaSteR"

  • klik start ,all program dan klik pada microsoft powerpoint

1.klik 'view'
2.klik 'slide master'
3.pilih slide






4.klik insert dan klik picture jika ingin memasukkan gambar seterusnya pilih gambar dan klik insert




5. pilih layout slide yang diingini kemudian masukkan gambar mengikut cara yang sama seperti diatas


6. klik pada shape fill untuk masukkan warna pada kotak tulisan. kemudian pilih warna yang disukai dan seterusnya klik close slide master.



7. kemudian anda boleh memulakan kerja dengan menggunakan powerpoint




SELAMAT MENCUBA!!